Sunday, February 27, 2011

Pengasingan Sementara Di TASKA

Pihak pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar di taska sekiranya terdapat kanak-kanak yang sakit semasa di taska hendaklah diasingkan daripada kanak-kanak lain. Pengasingan sementara (temporarily isolation) perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berjangkit kepada kanak-kanak lain. Berikut langkah yang perlu diberi perhatian:
(a) ambil langkah yang sesuai untuk mengasingkan kanak-kanak daripada kanak-kanak lain yang hadir di taska.
(b) pastikan memaklumkan dengan segera ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang sakit tentang keadaan anaknya.

Kanak-kanak yang sakit di taska perlu di letakkan di sebuah bilik yang sesuai untuk tujuan pengasingan.

Apakah langkah untuk mengelakkan kanak-kanak yang sakit dihantar ke taska? Mohon berkongsi pengalaman dan pandangan bersama pembaca?

2 comments:

  1. Langkah untuk mengelakkan kanak-kanak yang sakit dihantar ke taska.

    Pastinya kefahaman dari ibu bapa/penjaga diperlukan. Bermula dari syarat dan peraturan taska seawal waktu proses pendaftaran lagi. Kebanyakan ibu bapa sekarang ini adalah terdiri dari mereka yang berpendidikan. Semestinya mereka faham akan segala peraturan yang dinyatakan dan perlu diberikan satu salinan untuk peringatan/rujukan mereka. Segalanya bertulis dan tidak perlu diulang2, tidak seperti mengingatkan kepada kanak-kanak yang masih baru belajar. Bukan begitu, Prof.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan anda. Terima kasih sudi berkongsi pendapat untuk direnungkan bersama pembaca.

    ReplyDelete