Sunday, February 20, 2011

Jangka Masa Aktiviti Di TASKA

Aktiviti yang dijalankan sama ada taska di tempat kerja, institusi, komuniti dan di rumah mestilah tidak melebihi tiga puluh minit. Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak juga menyarankan semasa menjalankan aktiviti:
(a) diselia oleh penyelia, pengasuh atau pengasuh berdaftar mengikut kesesuaiannya.
(b) hendaklah sesuai dengan umur, tahap perkembangan dan keadaan kanak di taska.
(c) memberi peluang aktiviti dalam dan luar bangunan, dan waktu rehat.
Aktiviti taska di rumah hendaklah diselia oleh pengasuh.

Jadual aktiviti hendaklah dipamerkan pada tempat yang sesuai. Semua jadual aktiviti perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebarang perubahan jadual hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang diberi kuasa (authorized officer) dan ibu bapa kanak-kanak.

2 comments:

  1. Prof, kajian saintis juga perlu diambilkira terutamanya jangka masa yang sesuai untuk aktiviti diluar bangunan. Maksud saya, waktu yang sesuai untuk diadakan dan ada "contigency plan". Misalnya jika diluar hujan atau terlalu panas, mungkin perlu ditukar dengan aktiviti yang lain atau boleh juga aktiviti yang sama, tetapi dilakukan didalam bangunan. Sekadar pandangan peribadi saya. Harap ianya sesuai dengan topik yang dibincangkan.

    ReplyDelete
  2. Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak hanya menyediakan garis panduan yang boleh disesuaikan dengan kreativiti. Pandangan anda adalah baik dan boleh disesuaikan mengikut keperluan keadaan. Teruskan.

    ReplyDelete