Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Kanak-Kanak Di TASKA

Aktiviti kanak-kanak hendaklah dirancang penjadualannya dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setiap taska hendaklah merancang jadual aktiviti termasuk aktiviti rutin seperti makan, minum, rehat, tidur, mandi dan aktiviti yang memenuhi keperluan menyeluruh perkembangan kanak-kanak. Penjadualan aktiviti mesti disediakan untuk taska di tempat kerja, institusi, komuniti dan di rumah.

Semasa menghantar permohonan kelulusan aktiviti kepada Pengarah JKM hendaklah menyertakan nama dan alamat taska. Aktiviti itu mestilah sesuai dengan setiap tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur yang berikut:
(a) lahir hingga 1 tahun
(b) 1 hingga 3 tahun
(c) 3 hingga 4 tahun

2 comments:

  1. Cara penyediaannya ada diajar sewaktu Kursua Asas Asuhan Kanak-Kanak(KAAK). Lebih baik lagi jika ditambah dengan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak ditahap umur tertentu.

    ReplyDelete