Ibu
bapa jangan mengambil remeh perkara ini tanpa mengambil tahu sama ada taska itu
berdaftar atau tidak. Soal keselamatan bayi dan kanak-kanak kecil tidak boleh
berkompromi. Taska yang tidak berdaftar tidak terikat dengan peraturan. Jika
berlaku sesuatu yang tidak diingini sukar untuk diambil tindakan oleh pihak
berkuasa. Perkhidmatannya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Apabila
berlaku sesuatu yang tidak diingini ada pihak yang lepas tangan dan ada pihak
pihak yang menuding jari. Siapakah yang perlu dipersalahkan?
Thursday, November 21, 2019
Tuesday, November 12, 2019
Bukan keranaTadika Mahal Tadika Murah
Ibu bapa jangan terpengaruh dengan iklan dan promosi apabila memilih tadika. Fikirkan apa yang hendak disesuaikan dengan asas pendidikan anak anda yang sesuai mengikut kehendak anda dan keupayaan anak anda. Ibu bapa apabila membuat tinjauan tidak salah untuk mengemukakan pertanyaan dan kemusykilan. Setiap program ada falsafah dan pendekatan yang akan menghasilkan pembelajaran anak anda. Hasil pembelajaran itu hendaklah seiring dengan keinginan dan harapan untuk melihat kejayaan di masa depan anak anda. Berikut panduan untuk menetapkan pemilihan tadika yang boleh disesuaikan dengan harapan yang anda ingini.
Tuesday, November 5, 2019
Sokongan Ibu Bapa Kejayaan Anak
Peranan ibu bapa sangat penting kepada anak-anak yang masih kecil. Kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa ke tadika diharap jangan meletakkan seratus peratus beban mendidik kepada guru sahaja. Sikap lepas tangan ini adalah amalan yang tidak sihat. Kerjasama ibu bapa dengan guru sangat penting untuk memastikan kejayaan dalam akademik di masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)