Lagu dan nyanyian merupakan salah satu cara pengajaran di taska dan tadika yang menghiburkan kanak-kanak. Pembelajaran menerusi lagu dan nyanyian lebih berkesan jika disampaikan secara bersahaja. Umpamanya belajar sebutan sesuatu perkataan dapat dipraktiktkan menerusi lagu dan nyanyian. Perasaan malu dan tersalah sebutan tidak timbul kerana kanak-kanak menyanyi beramai-ramai. Mereka berkeyakinan apabila menyanyi bersama rakan sebaya. Nyanyian yang diulang-ulang dengan rasa seronok menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Oleh itu guru juga perlu menguasai lagu-lagu yang hendak diajar. Artikal ini boleh dijadikan panduan untuk dirujuk oleh guru dan pendidik kanak-kanak.
Wednesday, December 26, 2018
Wednesday, December 19, 2018
Marah, meradang dan berang
Emosi kanak-kanak tidak sama. Kadangkala tidak dijangka. Terdapat kanak-kanak yang sentiasa cerita dan tidak cerewet. Ada pula menjauhkan diri dan berdiam diri. Manakala emosi yang agak menyulitkan adalah marah, meradang dan cepat berang apabila sesuatu yang diingini tidak dapat dipenuhi. Ibu bapa dan pendidik perlu menangani kanak-kanak ini supaya tidak mengganggu kanak-kanak lain di kelas. Panduan artikal ini diharapkan dapat membantu untuk menguruskan emosi tersebut.
Thursday, December 6, 2018
Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak dan ukulele
Pelajar-pelajar yang mengambil program Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka diwajibkan berkemahiran memainkan alat muzik ukulele sebagai alat bantu mengajar di taska mahu pun di tadika. Menerusi kemahiran ini bukan sahaja lagu kanak-kanak dapat dikuasai malahan lagu komersial sebagai ruang bersantai mereka dapat melakukannya. Muzik dan lagu kanak-kanak penting untuk menceriakan pembelajaran di taska dan tadika.
Tuesday, December 4, 2018
Pilih buku untuk kanak-kanak
Semua ibu bapa mahukan anak cepat membaca. Begitu juga guru di tadika ingin memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Tidak semua buku itu sesuai dibaca oleh kanak-kanak. Membelikan buku untuk kanak-kanak perlu dilihat berdasarkan umur dan kesesuaian bahan yang hendak dibaca. Artikal ini memberi panduan kepada ibu bapa dan guru untuk memilih bahan bacaan untuk kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)