Apabila kanak-kanak kecil mengejek sambil menggunakan bahasa yang tidak sewajarnya diucapkan orang dewasa akan mentertawakan kerana dianggap melucukan. Kanak-kanak kecil menganggap perbuatannya itu direstui oleh orang dewasa. Lama kelamaan telah terbiasa menggunakan bahasa yang tidak senonoh di khalayak ramai. Orang lain yang mendengarnya menganggap tidak wajar kanak-kanak kecil menggunakan bahasa yang tidak senonoh di tempat yang tidak sesuai.
Tuesday, November 27, 2018
Thursday, November 15, 2018
Memahami kanak-kanak pintar dan bergeliga
Kita selalu memberi perhatian terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala kanak-kanak yang pintar selalunya terpinggir dan tidak diberi perhatian sepenuhnya. Kebijaksanaan kanak-kanak geliga ini mudah bosan dalam menghadapi pelajaran kerana mereka lebih ke depan dan cepat mempelajari sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Oleh kerana kanak-kanak geliga ini cepat belajar daripada kanak-kanak normal maka berlaku tingkah laku yang tidak diingini oleh guru. Lantas kanak-kanak ini dianggap mengganggu. Artikal di bawah ini mungkin dapat membantu ibu bapa dan pendidik untuk memahami keperluan kanak-kanak bergeliga.
Tuesday, November 6, 2018
Ruang fizikal di taska yang selamat
Kanak-kanak di taska adalah di bawah umur 4 tahun. Bagaimana pun bayi dan kanak-kanak berusia satu tahun tidak begitu memerlukan banyak ruang untuk pergerakannya. Kanak-kanak berusia dua tahun hingga empat tahun begitu aktif meneroka persekitaran taska. Pergerakan kanak-kanak ini perlu diberi perhatian oleh pengasuh kanak-kanak di taska untuk menjaga keselamatan mereka. Menerusi artikal ini sedikit panduan untuk pengasuh taska memastikan perkara yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan ruang fizikal di taska.
Subscribe to:
Posts (Atom)