Monday, July 29, 2013

Peranan Pendidik Memupuk Perkembangan Kanak-Kanak

Pendidik di taska khususnya berperanan memupuk perkembangan kanak-kanak kecil kerana usianya yang masih memerlukan penjagaan sebagaimana peranan ibu bapa di rumah. Program pendidikan di taska selalunya menyediakan trasisi pertama dari rumah kepada dunia yang lebih luas lagi. Pendidik memainkan peranan penting dalam membantu ibu bapa dan kanak-kanak untuk berjauhan antara satu sama lain. Sebenarnya pendidik di taska merupakan orang dewasa yang pertama di luar rumah yang bekerja dengan keluarga dan mempunyai hubungan dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Oleh yang demikian peranan pendidik melibatkan bekerja dengan ibu bapa dan juga kanak-kanak termasuk membantu ibu bapa untuk menangani perpisahan sewaktu kanak-kanak di tinggalkan dan memahami dan mengaitkan dengan kanak-kanak secara konstruktif. Peranan pendidik di taska perlu mententeramkan kanak-kanak untuk berasa selamat sewaktu dalam jagaannya.

No comments:

Post a Comment