Wednesday, January 25, 2012

Huruf Yang Sesuai Diperkenalkan Kepada Kanak-Kanak

Ibu bapa mungkin memperkenalkan jenis huruf besar kepada kanak-kanak. Di tadika kanak-kanak juga diperkenalkan dengan bentuk huruf yang akan digunakan pada darjah satu di sekolah rendah. Kanak-kanak sama ada di tadika atau darjah satu tulisan diperkenalkan dalam bentuk cetakan atau dipanggil cetakan D'Nealian. Walau bagaimana pun setiap komuniti atau masyarakat mempunyai gaya penulisan cetak yang tersendiri. Bagi pihak guru hendaklah membiasakan dengan jenis huruf yang sesuai diajar kepada kanak-kanak supaya mudah kanak-kanak mempelajari penulisan huruf.

Kebanyakan jenis penulisan di tadika sepatutnya menggunakan gaya cetakan skrip jenis huruf besar dan huruf kecil. Penulisan nama, papan kenyataan dan label yang dibuat oleh guru hendaklah menggunakan model yang betul.


2 comments:

  1. adakah ini bermakna peringkat pertama adalah memperkenalkan huruf kecil dahulu kemudian barulah huruf besar? terima kasih Prof

    ReplyDelete
  2. maaf, pertanyaan kami tentang huruf a kecil
    penggunaan yang benar untuk taman kanak-kanak yang benar huruf "a" atau a tak bertangkai seperti contoh di atas?
    terimakasih

    ReplyDelete