Pertuturan merupakan alat untuk kanak-kanak mendapatkan sesuatu yang diingini dan menyatakan kepuasannya. Orang dewasa sepatutnya bertindakbalas dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak. Antara cara yang boleh dilakukan oleh orang dewasa:
- mendengar dan bertindakbalas kepada kehendak kanak-kanak.
- menggalakkan kanak-kanak cuba meminta untuk apa yang diingini dan diperlukan.
- meningkatkan peluang kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak lain dengan memberi arahan lisan.
- menerangkan dengan cara langkah demi langkah mengikut urutan keperluan untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan (contoh bagaimana untuk mendapatkan giliran main papan gelonsor).
No comments:
Post a Comment