Thursday, January 19, 2012

Fenomena Kanak-Kanak Mencipta Ejaan

Kanak-kanak gemar 'mencipta ejaan' mengikut pengetahuannya sendiri. Mereka cuba mengeja perkataan yang belum diketahui berdasarkan pengetahuannya tentang sistem ejaan dan cara boleh digunakan. Contohnya kanak-kanak tidak tahu cara mengeja perkataan 'jagong' tetapi kanak-kanak sudah mengetahui huruf yang diperlukan untuk mengeja menerusi sistemnya sendiri maka di tulis 'jgog' untuk 'jagong'. Ejaan yang dihasilkannya memang asing pada orang dewasa tetapi fonomena ini iaitu kanak-kanak mencipta ejaan tidak berkekalan. Fenomena ini lebih bersifat sementara.

Ramai orang dewasa yang secara tidak sedar atau secara sedar turut memperkenalkan sistem mencipta ejaan. Contohnya kesedaran tentang ejaan dengan menggunakan huruf/abjad untuk mewakili perkataan seperti 'B'(buku), 'C'(cikgu). Mungkin dalam bahasa Inggeris ada kelebihannya menggunakan abjad untuk mewakili perkataan misalnya 'C' (see), 'U' (you), 'N' (and). Begitu juga kesedaran tentang ' ejaan prabunyi sebutan' yang menekankan sebutan huruf pertama dan kedua dalam perkataan. Contohnya BJ (baju), SD (sudu).

2 comments:

  1. Seronok tengok hasil kanak-kanak bila mereka mula ada fenomena ini dan berubah dari semasa ke semasa mengikut peningkatan. Saya banyak simpan hasil karya yang bersifat begini. Harapan saya waktu mereka di tahun 6 nanti saya akan berjumpa mereka dan berikan hasil karya ini sebagai hadiah. Tentu seronok dapat mengimbas kenangan dengan anak2 di tadika. Dan tentu seronok dapat beritahu mereka bahawa semua orang bermula dari tidak tahu kepada tahu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah inisiatif 'nadipermata' dengan minat mengumpulkan penulisan kanak-kanak.Kalau boleh dikongsikan dengan pembaca blog ini alangkah baiknya.Teruskan.

    ReplyDelete