Pertutran juga dapat menggalakkan kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara menerusi lisan. Kanak-kanak akan bertanya atau menjelaskan sesuatu perkara yang diminati dan sesuatu yang ingin diketahui. Orang dewasa dan pendidik boleh mengambil langkah untuk mendorong kanak-kanak belajar secara lisan:
- menyediakan aktiviti yang dapat menarik perhatian/minat serta rasa ingin tahu.
- menyediakan peluang untuk membuat kumpulan penyelesaian masalah secara kumpulan.
- menyediakan frasa/ungkapan semasa bercakap dengan kanak-kanak seperti:
"Apa yang akan terjadi kalau..."
"Cuba lihat jika..."
"Apakah dapat kita lihat jika..."
"Bolehkah kita mencuba cara lain?"
- dengar dengan penuh perhatian setiap penemuan kanak-kanak dan galakkan kanak-kanak memberi idea dengan menggunakan perkataan.
No comments:
Post a Comment