Thursday, January 26, 2012

Orang Dewasa Sebagai Model Kanak-Kanak Menulis

Kanak-kanak memerhati dan menjadikan orang dewasa sebagai model untuk dicontohi. Oleh itu cara menulis yang betul perlu ditunjukkan kepada kanak-kanak. Selain cara memegang pensil yang betul arah pembentukan huruf juga perlu mengikut cara yang betul. Di tadika kanak-kanak mungkin tidak dapat menulis dengan baik tetapi arah pembentukan huruf yang betul dapat melatih kanak-kanak memahami pembentukan huruf. Apabila keupayaan mengawal motor kasar dan motor halus dapat dikuasai maka kemahiran menulis dapat dihasilkan dengan baik. Orang dewasa hendaklah bersabar dan sentiasa memberi dorongan setiap penulisan yang dihasilkan biarpun dalam bentuk yang tidak sempurna. Proses pengalaman menulis perlu dilalui oleh kanak-kanak dan jadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik kepada kanak-kanak.

1 comment:

  1. setuju dgn pandangan Prof.Orang dewasa perlu sabar menghadapi kerenah kanak2 sewaktu menulis huruf2 ..teutamanya kepada para pendidik..berdasarkan pengalaman saya...saya amat menitikberatkan tulisan yang cantik kepada semua anak2 saya...dan saya pastikan menegur sekiranya mereka tidak mengikut kaedah yg betul cara pembentukan sesuatu huruf....alhamdulillah guru2 tadika mereka juga amat berdedikasi dlm memastikan tulisan anak2 kemas dan menulis dgn baik....namun ada juga segelintir guru tadika yg tidak mementingkan pembentukan huruf2 ini....guru menulis huruf 'r' tapi seperti huruf 'v'...guru sendiri tidak menulis mengikut pembentukan huruf yang betul...ada juga statement yg keluar dari mulut guru tadika...mereka tidak mementingkan tulsan anak2 bagi mereka anak2 masih kecil...saya kurang bersetuju...tak rugi kalau tulisan cantik..

    ReplyDelete