Monday, January 16, 2012

Bagaimana Urutan Kesedaran Menulis Kanak-Kanak?

Kanak-kanak membina konsep menulis menerusi lakaran. Menerusi lakaran kanak-kanak memperhalusi dan meluaskan konsep dengan membuat percubaan penulisan. Mereka akan melukis, menuris, meniru dan mencipta rupa bentuk tanda dan huruf mengikut caranya sendiri. Kesedaran menulis biasanya terbina berdasarkan urutan berikut:
  1. kanak-kanak menyedari orang dewasa membuat tanda menggunakan alat tulis.
  2. kanak-kanak menyedari penulisan dalam buku dan di papan tanda - nama jalan, label makanan, buku dan sebagainya.
  3. kanak-kanak sedar akan sesuatu tanda boleh dikenalpasti membina namanya.
  4. kanak-kanak belajar nama sesuatu tanda - selalunya huruf pertama pada namanya.

5 comments:

  1. Prof..
    Bermakna ibubapa & guru kena pastikan kanak2 sentiasa diberi pengalaman menggunakan pensil utk aktiviti melakar ini.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya diberi peluang pengalaman bermula menggunakan krayon kemudian pensil.

    ReplyDelete
  3. Prof, boleh saya tahu mengapa kita perlu memulakan dengan krayon?

    ReplyDelete
  4. Kanak-kanak gemar melihat pelbagai warna dan secara tidak langsung mereka akan meneroka kesan lakaran krayon. Saiz krayon lebih besar dan mudah dipegang dan tidak membahayakan kerana bukan jenis bahan yang mengandungi toksid.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas penjelasan tersebut.

    ReplyDelete