Sunday, January 29, 2012

Kanak-Kanak Menulis Tangan Kidal

Menulis tangan kanan atau tangan kiri (kidal) berlaku semasa sistem saraf kanak-kanak mula teguh. Orang dewasa dan pendidik perlu perihatin terhadap penggunaan alatan semasa kanak-kanak menulis. Terdapat kanak-kanak menukar tangan mengikut keselesaannya. Kebanyakan pengguna tangan kiri (kidal) menggunakan tangan kanannya lebih kerap berbanding dengan pengguna tangan kanan menggunakan tangan kiri. Ruang menulis di tadika hendaklah memenuhi semua keperluan kanak-kanak sama ada tangan kiri dan tangan kanan. Orang dewasa dan pendidik perlu menerima keselesaan kanak-kanak menggunakan tangan tanpa mengubahnya. Kedudukan kanak-kanak tangan kiri seboleh-bolehnya di hujung meja semasa aktiviti atau memastikan kanak-kanak tangan kiri tidak memenuhi ruang atau bertembung siku dengan kanak-kanak tangan kanan.

2 comments:

  1. Terima kasih pross atas perkongsian ini.
    Saya akan pastikan anak2 tadika saya yg kidal duduk dihujung meja semasa beraktiviti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama pembaca lain.

    ReplyDelete