Apabila kanak-kanak meminta orang dewasa atau pendidik di tadika/taska menulis, kedudukannya hendaklah berdiri di belakang kanak-kanak dan lakukan seboleh-bolehnya dari bahagian bahu kanak-kanak. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak melihat pembentukan huruf di kedudukan yang betul. Jika orang dewasa/pendidik duduk berhadapan dengan kanak-kanak semasa menulis, tulisan itu akan dilihat terbalik oleh kanak-kanak. Semasa menulis hendaklah menyebut huruf.
Huruf atau nama yang ditulis hendaklah cukup besar untuk kanak-kanak mengenali berlainan bentuk huruf. Saiz huruf lebih kurang 1 inci tinggi (2 cm). Saiz ini agak besar bagi orang dewasa.
Huruf atau nama yang ditulis hendaklah cukup besar untuk kanak-kanak mengenali berlainan bentuk huruf. Saiz huruf lebih kurang 1 inci tinggi (2 cm). Saiz ini agak besar bagi orang dewasa.
Prof, jenis kertas yang bagaimana sesuai digunakan. Adakah kertas bergaris atau kertas A4 tanpa garisan.
ReplyDeleteElok diberi pengalaman dengan kertas bergaris. Melakar bebas boleh menggunakan kertas A4 kerana kanak-kanak akan melukis dan melakar.
ReplyDeleteProf, antara mengajar kanak-kanak menulis di atas kertas dengan menulis di atas pasir, yang manakah lebih baik?
ReplyDelete