Sunday, January 27, 2013

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Peringkat Sarjana


Bersama pelajar program siswazah lanjutan UNITAR International University di Kampus Pusat Pembelajaran Keningau Sabah















Program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin berkembang pesat. Pusat pengajian di peringkat kolej menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat diploma, sarjana muda,manakala peringkat universiti pula menawarkan diploma, sarjana dan kedoktoran. UNITAR International University merupakan peneraju dalam bidang ini mengambil langkah menjadi universiti pertama di Malaysia mewujudkan Faculty of Early Childhood Studies yang mengkhususkan yang berkaitan dengan bidang kanak-kanak. Salah satunya bidang pendidikan awal kanak-kanak selain bindang industri kanak-kanak. Keupayaan Facullty of Early Childhood Studies UNITAR International University adalah bergantung kepada kepakaran dan ketokohan tenaga pengajar yang merupakan perintis dalam bidang ini. Keyakinan ini menjadikan UNITAR International University terus mengembangkan sayap ke pelusuk negara dengan membuka pusat pembelajaran untuk memudahkan pelajar di luar kampus pusat mengikuti program yang ditawarkan. Tenaga pengajar didatangkan khas ke setiap pusat pembelajaran agar pelajar di luar kampus pusat dapat kemudahan yang sama. Contohnya program sarjana pendidikan awal kanak-kanak di pusat pembelajaran Keningau Sabah tenaga pengajar didatangkan khas dari kamus pusat. Diharapkan pelajar dapat merasakan suasana pembelajaran sebagaimana dinikmati oleh pelajar di kampus pusat.

2 comments:

  1. Salam prof. saya terbaca post prof tentang sarjana @master dalam pendidikan awal kanak-kanak tetapi setelah melayari laman web unitar, hanya sarjana muda sahaja yang ada. boleh mohon pencerahan prof. satu lagi soalan, ada tak dalam pengetahuan prof, universiti di Sarawak yang menawarkan program Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terima kasih didahulukan buat maklum balas prof.

    ReplyDelete
  2. Assalam prof. saya berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ada tak pusat pembelajaran di luar kampus pusat dibuka di Sarawak dan menawarkan program Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Maklum balas prof. dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

    ReplyDelete