Monday, January 21, 2013

Program Pengajian Awal Kanak-Kanak Di UNITAR International University

Pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dan Vokesional atau Sijil Pelajaran Vokesional Malaysia (SPVM) dan juga pelajar aliran biasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya ingin melanjutkan pengajian di bidang pendidikan awal kanak-kanak terdapat institusi pengajian tinggi yang menawarkannya. Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University merupakan universiti yang pertama di Malaysia menubuhkan fakulti yang mengkhususkan bidang kanak-kanak. Fakulti tersebut menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk pendidikan. Manakala program yang menjuruskan kepada industri ditawarkan Diploma Seni Pementasan Kanak-Kanak (Diploma in Children Performing Arts). Program ditawarkan secara konvensional dan jarak jauh, sepenuh masa dan separuh masa. Program jarak jauh dan separuh masa diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk melanjutkan pelajaran. Kuliah selalunya diadakan pada hujung minggu berselang. Gambar di bawah adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kuliah program Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak UNITAR International University menerusi program jarak jauh bertempat di IPGM Keningau Sabah.


2 comments:

  1. Adui naa Prof..segaknya bediri depan kamera..tak nampak pula muka sya di belakang tu.... prof..caya la..evergreen..

    drp, Bauni Guntabid
    Post Graduate student
    IPGM Keningau

    ReplyDelete
  2. salam.. sy ingin bertanya adakah lepasan ijazah sarjana muda pen awal kanak-kanak dari unitar berpeluang bekerja sebagai guru tadika di sekor kerajaan..?

    ReplyDelete