Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa!

Bapa merupakan tunggak keluarga yang sama-sama berperanan mendidik anak-anak. Cara ibu dan bapa mendidik agak berbeza. Kajian menunjukkan bapa berpengaruh membezakan gender (jantina) semasa mendidik anak-anaknya. Ada juga bapa yang mendidik tanpa membezakan jantina. Kebanyak bapa bertindak membentuk secara arahan kepada anak lelakinya dan menyatakan khusus kepada anak perempuannya. Arahan tingkahlaku adalah tertumpu kepada kemahiran dan orientasi pencapaian kepada anak lelaki; dan tingkahlaku khusus menggalakkan dan memupuk serta tingkahlaku mengambilberat terhadap anak perempuan. Walaupun bapa menggalakkan kognitif kepada kedua-dua anak lelaki dan perempuan tetapi fokus mendidik secara mengarah kepada anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Ada kajian menunjukkan bapa telah menetapkan piawaian yang tinggi terhadap anak lelaki berbanding anak perempuan untuk penekanan pencapaian. Pertimbangkan cara bapa mendidik anak.  SELAMAT HARI BAPA.

1 comment:

  1. Pada masa kini bapa memainkan peranan yang cukup besar terutamanya bagi keluarga yang apabila kedua suami dan isteri yang berkerjaya. Bapa berperanan membantu bersama para ibu menguruskan rumahtangga serta anak-anak. Perubahan dapat dilihat dan secara positifnya diterima oleh bapa-bapa dizaman ini.

    Selamat Hari Bapa untuk Prof dan bapa-bapa diluar sana.

    ReplyDelete