Thursday, June 28, 2012

Memberi Peluang Kanak-Kanak Melakukan Sendiri

Sejak dari peringkat tatih kanak-kanak menunjukkan kemahuannya untuk melakukan untuk diri sendiri dan umelakukannya sendiri. Kanak-kanak kebiasaannya meningkat kepuasan kendiri apabila mereka telah menyelesaikan tugasan asas yang baru. Jika orang dewasa telah mempelajari untuk memadankan keperluan dengan keupayaan, kanak-kanak akan dapat lebih pengalaman kejayaan berbanding kegagalan semasa dalam peningkatan pembelajaran. Seolah-olah kanak-kanak akan berkata," Saya boleh membuat benda itu" atau "Saya boleh baca buku itu." Sebenarnya kanak-kanak teruja untuk membuktikan kecekapan dan kemahirannya yang kadangkala bukan keupayaannya untuk melakukan kemahiran itu. Kanak-kanak akan meningkat kecekapannya jika orang dewasa menyusun aktiviti pembelajaran, berinteraksi dan memupuknya serta menggalakkan mereka mencuba sedaya mungkin terhadap tugasan yang sukar sedikit.

1 comment:

  1. benar Prof sy sendiri mengakui kerana kini anak sy 1 tahun 7 bulan lebih suka melakukan apa-apa tanpa bantuan orang lain contohnya seperti waktu makan menggunakan sudu, nampak sungguh ingin makan sendiri dan tegas tak mahu orang lain suapkan untukknya..

    ReplyDelete