Aktiviti luar bangunan dapat menghapuskan perasaan negatif menerusi aktiviti seperti membaling bola, pundi kacang, atau memaku paku pada papan antara contoh untuk menghapuskan perasaan negatif. Berlari dan menunggung juga menyalurkan keluar perasaan yang terbuku. Kadangkala hal ini selalunya orang dewasa terlepas pandang. Perkembangan minda juga berkembang semasa aktiviti luar. Persekitaran luar akan meransang kanak-kanak rasa ingin tahu dan meneroka. Kanak-kanak boleh membuat banyak pemerhatian sendiri. Mereka boleh mencuba ideanya dan mendapat banyak kesimpulan daripada pemerhatian dan percubaannya.
No comments:
Post a Comment