Merujuk kepada pandangan Lowenfield dan Brittain antara ciri-ciri kreativiti, mereka sentiasa bermotivasi, ingin tahu dan berimaginasi untuk;
- mencari dan menemui jawapan,
- menyoal penyelesaian sedia ada kepada permasalahan,
- memikirkan semula, menstruktur dan mencari perkaitan baru,
- terbuka kepada yang tidak diketahui dan baru,
- sentiasa bersikap anjal, tidak mengikut keadaan (kelainan) dan tidak angkuh,
- pernyataan sendiri dan tulen,
- menggunakan pemikiran bercapah (divergent).
Kreativiti adalah pernyataan fikiran yang dibawa oleh semua tingkahlaku. Semua manusia kreatif dengan menggunakan bahasa sebab untuk bercakap seseorang mesti setiap kali mencipta ayat baru untuk menjadikannya kebiasaan. Kreativiti adalah diperlukan dalam aktiviti kognitif sosial. Semua kanak-kanak dilahirkan dengan kreativiti.
No comments:
Post a Comment