Wednesday, June 20, 2012

Impak Kesan Peranti Eletronik Dan Gadget

Menurut sumber kajian yang dibuat oleh 'Kaiser Family Foundation' di Amerika Syarikat 
menunjukkan kanak-kanak menghabiskan masa selama lebih daripada 7 jam sehari terdedah dengan peranti eletronik termasuklah television, permainan eletronik, internet dan peranti mobil. Data menunjukkan lebih daripada 50 jam seminggu memberi makna masa yang digunakan lebih kepada waktu bekerja orang dewasa jika dipuratakan 8 jam sehari untuk 6 hari bekerja. Kajian ini juga menunjukkan kanak-kanak ini tahu bermain dengan telefon pintar (smart-phone), membuat panggilan telefon mobil dan menggunakan dan melayari internet sendiri tanpa dibantu. Walau bagaimana pun kajian mendapati kanak-kanak yang seusia ini semakin kurang mengetahui cara untuk mengikat tali kasut sendiri tanpa dibantu dan berenang tanpa bantuan. Kanak-kanak ini lebih cekap dalam penggunaan teknikal berbanding dengan kemahiran praktikal kehidupan sebenar (real life practical skills). Peranti dan permainan eletronik seolah-olah menjauhkan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan realiti. Itu yang berlaku di negara maju. Adakah kesan yang serupa akan berlaku di negara kita?

2 comments:

  1. Prof, satu peluang penyelidikan.

    ReplyDelete
  2. Prof, sekarang ni ramai kanak2 yang menggemari Ipad, BB dan lain2 gadjet sebagai rutin harian mereka.x sama macam zaman org dulu2 lebih kepada permainan congkak, gasing & layang2..zaman dah berubah

    ReplyDelete