Thursday, July 21, 2011

Tugasan Di Rumah

Tugasan di rumah atau dalam bahasa Inggeris Homework nampaknya telah menular ke tadika dan malahan ke taska. Apa sudah jadi? Nampaknya dunia kanak-kanak hari ini terpaksa mengharungi situasi perspektif orang dewasa yang tidak memahami tentang pendidikan awal kanak-kanak. Keadaan ini berlaku kerana orang dewasa yang tidak memahami dan dangkal tentang pendidikan awal kanak-kanak menerapkan pandangannya ke dalam pendidikan awal kanak-kanak tanpa mengambilkira keupayaan domain dan tahap usia kanak-kanak. Kanak-kanak di peringkat awal lagi telah didera emosinya dengan melakukan perkara yang abstrak dan subjektif. Walhal kanak-kanak di tadika yang masih di peringkat pemikiran konkrit. Terlalu memberi penekanan kepada akademik tanpa memenuhi keperluan domain secara menyeluruh mengikut fitrah kanak-kanak akan membawa kesan negatif dari segi jangka panjang. Mereka yang tidak arif dan dangkal dari segi keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak perlu merujuk pada yang mereka yang berwibawa dalam bidangnya. Dinasihatkan mereka yang tidak arif perlu mendalami bidang ini supaya tidak merosakkan generasi yang akan mewarisi kita.

3 comments:

  1. Prof...
    Sgt2 bersetuju dgn apa yg Prof nyatakan...
    Utk pengetahuan terdapat 'parent' yg baru menghantar anaknya ke tadika saya (Tadika Intelek Maryam).. merungut kpd saya di "Hari Laporan Prestasi Penggal 1" baru2 ini..

    Katanya masa anak dia di tadika tempat lain tahun lepas... guru2nya selalu beri "Homework". Kenapa Tadika Intelek Maryam tak de Homework langsung?????

    Jenuh saya terangkan pdnya apakah sebenarnya yg nak kita capai pd kanak2 seusia 6 thn pertama ini.

    ReplyDelete
  2. Sy slh seorg guru tadika ingin bertanya cara untuk mengelakkan membawa pulang kerja rumah, sy meminta murid untuk membuat kerja disekolah tapi masa tidak mencukupi dan murid bermain sesama rakan walaupun telah ditegur sehingga kerja tidak siap dan terpaksa dibawa pulang. Bagaimana cr untuk mengatasinya?

    ReplyDelete