Mendisiplinkan kanak-kanak dengan mengenakan tempoh masa (time out) tidak sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak taska khususnya kanak-kanak tatih. Bayi dan kanak-kanak tatih belum menggunakan keupayaan kognitif untuk memikirkan apakah yang perlu dilakukan semasa tempoh masa yang dikenakan kepadanya. Tempoh masa hanya sesuai pada kanak-kanak yang lebih berusia kerana mereka memahami dan boleh memikirkan untuk memperbaiki dirinya.
Mengeluarkan kanak-kanak dari suatu keadaan adalah cara yang baik untuk mententeramkan keadaan kanak-kanak dan mengawal dirinya. Dinasihatkan orang dewasa hendaklah berada dekat dengan kanak-kanak tersebut semasa dikenakan tempoh masa untuk memastikan keadaan kanak-kanak dan membantunya untuk mengawal diri.
No comments:
Post a Comment