Monday, August 16, 2010

Lirik dan Lagu Kanak-Kanak

Saya menulis lagu kanak-kanak sewaktu diminta oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu untuk menerbitkan buku bersiri bertajuk Tidurlah Intan. Buku Tidurlah Intan mempunyai 12 siri yang mengandungi cerita, puisi dan lagu. Boleh dikatakan semua lirik lagu kanak-kanak ditulis oleh saya dan lagu oleh Rahim Taman yang merupakan ahli kumpulan Teater ABROS (rujuk Teater ABROS yang telah dibincangkan sebelum ini).

Buku bersiri Tidurlah Intan diterbitkan pada tahun 1986, saya menyumbangkan lirik lagu kanak-kanak dari peringkat tadika hingga sekolah rendah. Lirik berbentuk nasihat, latar persekitaran kehidupan seharian kanak-kanak. Pada waktu itu saya tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang penulisan tetapi pengalaman dan penglibatan dengan kanak-kanak adalah menjadi aset penting untuk berkarya dan memahami kanak-kanak. Saya mula merasa serasi dengan bidang kanak-kanak setelah menceburi pelbagai genre kanak-kanak.

4 comments:

  1. Salam Prof, saya amat suka post tentang ini kerana kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan lagu.Melalui lagu kanak-kanak belajar bahasa dan belajar apa sahaja yang baru...saya amat suka mengaitkan tema pembelajaran dengan lagu yang berkaitan dengan tema..kanak-kanak amat gembira belajar sambil menyanyi...minggu ini saya mengajar tema cuaca...kanak-kanak menyanyi lagu tanya sama pokok, lagu hujan dah turun...lagu tanya sama pokok sesuatu yang mudah untuk memberitahu kanak-kanak tentang kejadian cuaca...tq prof

    ReplyDelete
  2. Nyanyian dapat merentasi bidang pengajaran bahasa, kognitif, fizikal, estetika dan sosio emosi. Teruskan cara pengajaran anda. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. salam prof..saya masih ingat lagi buku tidurlah intan nih.masa zaman kanak2 saya amat suka baca buku nih..dimanakan saya boleh membeli buku2 tersebut..saya ingin membuat koleksi bacaan untuk anak2 saya.terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Saya juga ingin membuat koleksi buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebanyak buku-buku ini tidak diulang cetak. Saya cuba ajukan permintaan anda kepada pegawai di Dewan Bahasa dan Pustak. Mana tahu sekiranya terdapat ramai permintaan moga-moga diulang cetak buku-buku yang menjadi nostalgia. Teruskan membaca coretan santai akademia di blog saya.

    ReplyDelete