Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Masakan Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Benut Kluang Johor telah menjadi tuan rumah untuk Bengkel Masakan guru-guru prasekolah di sekitar Kluang. Sebanyak 12 buah sekolah mengambil bahagian sebagai peserta bengkel. Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim merupakan Guru Besar SK Ladang Bukit Benut Kluang sebagai tuan rumah untuk mengelolakan bengkel tersebut. Kesemua peserta telah didedahkan penghasilan pemakanan yang berkhasiat untuk keperluan kanak-kanak di prasekolah. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim (lihat gambar duduk di barisan depan no 4 dari kiri) yang begitu perihatin dengan keperluan pemakanan kanak-kanak prasekolah. Difahamkan Cikgu Md Shariff b Hj A Rahim merupakan pengerak utama dalam program ini.

Semoga sekolah-sekolah lain mencontohi inisiatif yang telah dijalankan oleh Guru Besar SK Ladang Bukit Benut Kluang iaitu Cikgu Md Sharif b Hj A Rahim. Selepas ini pihak jawatankuasa program sebaik-baiknya mengundang pakar pemakanan kanak-kanak untuk memberi pendedahan kepada guru prasekolah. Peralatan hidangan makanan dan sanitasi yang bersesuaian perlu diberi pendedahan untuk keperluan di prasekolah. Begitu juga peradapan makan juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk di bengkelkan.

Bengkel pemakanan bukan sahaja sesuai untuk diberi pendedahan kepada guru prasekolah, malahan kepada profesional pendidikan awal kanak-kanak (pengasuh) di taska dan ibu bapa yang berminat. Diharap program ini dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Mungkin ada cadangan lain yang boleh dikemukakan atau pengalaman untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.

No comments:

Post a Comment