Monday, August 23, 2010

Tahukah Anda Kategori Taman Asuhan Kanak-Kanak?

Mereka yang tidak terlibat dengan bidang perkhidmatan dan pengasuhan kanak-kanak mungkin tidak menyedari akan perbezaan perkhidmatan taska. Terdapat empat kategori taman asuhan kanak-kanak (taska) mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007. Empat kategori taman asuhan kanak-kanak itu adalah seperti berikut:
(a) taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak ang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7;

(b) taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.

(c) taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan

(d) taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain daripada taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b) dan (c) yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment