Sunday, August 29, 2010

Bagaimanakah Sudut Bongkah Di Taska Anda?

Bongkah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina struktur yang difikirkan tentan persekitarannya. Terdapat berbagai jenis bongkah yang terdiri daripada bongkah unit, bongkah besar kosong dan bongkah cardboard (diperbuat daripada kertas kad board). Setiap jenis bongkah membantu kanak-kanak memahami saiz, hubungan ruang, keseimbangan dan organisasi.

Peralatan yang diperlukan di sudut bongkah ialah unit bongkah sekurang-kurangnya 100 unit, mainan seperti haiwan pelbagai jenis, kenderaan, alat ukuran, kotak simpanan berlabel. Kedudukan sudut bongkah di penjuru kelas, jauh daripada laluan trafik dan sebaik-baiknya di atas lantai beralas karpet nipis untuk menyerap bunyi. Sudut bongkah sesuai bersebelahan dengan sudut dramatika untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

Adakah taska di tempat anak anda mempunyai sudut bongkah (block)? Mungkin ada penyusunannya oleh guru dan profesional Kanak-kanak (pengasuh). Anda perlu bertanya kepada pihak yang mengendalikan taska sejauhmana penggunaannya di taska.

No comments:

Post a Comment