Monday, August 30, 2010

Bagaimanakah Sudut Seni Di Taska Anda?

Sudut seni membantu kreativiti dan luahan ekspresi seni kanak-kanak. Biasanya terdapat easel berdiri, meja melukis dan bahan tanpa toksid untuk mewarna, pemotong, alat lukisan, pengecap, pelekat dan pengukir. Kotak dipenuhi bahan buangan seperti siput, riben, kain potongan, dawai berwarna, kertas tektur dan kertas warna - bertujuan untuk menggalakkan eksperimen dan ekspresi kreatif.

Kejayaan sudut seni adalah berpusatkan kanak-kanak yang berfokuskan kepada proses menghasilkan seni, bukan pada penghasilannya. Maksudnya proses semasa menghasilkan seni menerusi eksperimen pelbagai bahan, penggunaan peralatan seni dan pendedahan kepada pengalaman untuk kreativiti dan luahan ekpresi seni. Oleh itu kreativiti kerja seni kanak-kanak tidak mengandungi kerja guru membuat corak, model, buku mewarna atau kertas mewarna atau peralatan yang memerlukan arahan orang dewasa.

Bagaimanakah anda melaksanakan aktiviti seni di taska ? Mungkin anda boleh berkongsi pengalaman dan pandangan bersama pembaca.

No comments:

Post a Comment