Saturday, August 7, 2010

Apakah Yang Menyebabkan Kanak-Kanak Gemuk?

Ada beberapa faktor menyebabkan kanak-kanak menjadi gemuk (obesity). Berikut antara faktor yang menyebabkan gemuk:
1. Aktiviti fizikal terhad
Contohnya, kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan dan kehidupan kejiranan sentiasa mementingkan keselamatan sehingga takut membenarkan anak-anak bermain di luar. Kesannya mereka kurang bergerak. Ibu bapa lebih selesa melihat anak-anak bermain di dalam rumah.

2. Meningkatnya aktiviti yang banyak duduk
Contohnya, masa kanak-kanak pada hari ini lebih tertumpu kepada televisyen, komputer, permainan video sebagai aktiviti utama berbanding dengan aktiviti yang aktif menggunakan fizikal. Menonton televisyen dan bermain permainan video lebih kepada menggunakan tangan sambil memakan makanan yang mengandungi kalori lemak yang tinggi pada makanan.

3. Tabiat makan
Contohnya, perubahan gaya pemakanan seperti memakan makanan ringan yang mengandungi kalori lemak yang tinggi dan fiber yang rendah. Trend pada hari ini memakan makanan dari restoran makanan cepat seperti pizza, kentang goreng dan burger yang mengandungi kalori lemak yang tinggi sebagai salah satu faktor kegemukan.

Anda mungkin ada pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca. Pandangan, pendapat dan pengalaman berkongsi dengan pembaca amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment