Sunday, August 15, 2010

Lirik dan Lagu

Percaya atau tidak secara tidak sengaja saya terlibat dengan penulisan senikata atau lirik lagu untuk dinyanyikan penyanyi yang agak dikenali pada tahun 1980an. Sebenarnya saya sendiri tidak menjangka akan terlibat dengan penulisan senikata lagu. Mungkin lagu yang pernah saya tulis tidak pernah didengar oleh generasi kini kerana telah lebih daripada 20 tahun. Kebanyakan senikata lagu ditulis sekitar 1980an.

Antara penyayi yang masih saya ingat ialah Khairul Amry, Adam Ahmad, Stella Ansibin (penyanyi yang berasal dari Sabah), Kumpulan Gelombang Biru (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan Normah Kadir. Saya hanya menulis suka-suka sahaja dan tidak menjadikannya sebagai kerjaya seni. Mungkin hanya untuk menguji bakat dan mencari potensi diri dan keserasian dalam bidang tersebut. Walau bagaimana pun kadangkala siaran lagu-lagu klasik di radio ada menyiarkan lagu itu. Cuma juruhebah jarang menyatakan nama penulis lirik sebaliknya hanya penyanyi sahaja yang disebut.

Agak sedih juga kerana saya tidak menyimpan sama ada kaset atau piring hitam penyanyi yang pernah menyanyikan senikata lagu saya. Apa yang dapat saya kongsikan bersama pembaca hanya 3 kaset yang masih ada di tangan saya. Itu pun hanya sampulnya sahaja. Jika dikalangan pembaca yang terlihat kaset penyanyi yang pernah menyanyikan senikata lagu saya, ingin mendapatkan salinannya sebagai kenangan untuk saya. Tanpa disedari saya menjadi lipatan sejarah tergolong sebagai salah seorang penulis lirik tahun 1980an yang tenggelam di arus zaman.

6 comments:

  1. apa kata Dr. tulis semula lirik lagu....mgkn jd kegemaran ramai..who.knows...Dr dah ramai peminat dikalangan ibu2...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan cadangan itu. Saya sudah pun berada di dalam sejarah pada waktu dan tikanya. Biarlah jadi kenangan dan saya sudah mengabdikan diri dengan bidang pendidikan awal kanak-kanak yang serasi dengan saya.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah Prof, saya ada album Adam Ahmad dan Khairul Amry tue. tk

    ReplyDelete
  4. Mungkin melucukan senikata lagu yang saya tulis. Terima kasih kerana memiliki album tersebut.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana saya nak lirik lagu kanak2 tabika?? sy nk wt nyanyi utk kanak2 tabika saya.....

    ReplyDelete
  6. Kami Ada Piring hitam Khairul Amry suara best. Ala2 Jamal Abdullah dan record Normal Kadir. Mmang best lagu2 mereka tu.Suara mantap.

    ReplyDelete