Saturday, August 14, 2010

Kanak-Kanak Melukis Berdasarkan Perkembangan

Perkembangan bermaksud peringkat perkembangan usia kanak-kanak. Mengikut ahli teori psikologi perkembangan, kanak-kanak melukis secara semulajadi mengikut siri sejagat (universal) dan campurtangan orang dewasa atau diajar terus oleh orang dewasa yang turut mempengaruhi perkembangannya.

Terdapat beberapa pandangan ahli psikologi perkembangan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak. Salah satunya mereka berpendapat bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat:
1-5 tahun: menguasai corak sejagat


5-7 tahun: menghiasi lukisannya iaitu beralih dari lakaran ke ekpresi unik pada lukisannya


7-12 tahun: penghasilan lukisan lebih tepat dan realistik serta menggambarkan unsur budaya.

Lukisan yang terdapat di atas adalah contoh peringkat perkembangan mengikut tahap umur kanak-kanak. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang boleh melukis lebih baik daripada lukisan contoh. Keadaan itu bergantung kepada peranan orang dewasa dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri.

4 comments:

  1. Semoga kita dapat memahami luahan kanak-kanak menerusi lakarannya.

    ReplyDelete
  2. kalau masuk lukisan gajah bagus jugak Dr.

    ReplyDelete
  3. Kanak-kanak melukis apa yang dia tahu. Agak sukar mendapatkan lukisan gajah.Jika ada apa salahnya dikongsikan bersama pembaca.Terima kasih cadangan yang diberikan.

    ReplyDelete