Sunday, August 8, 2010

Bagaimanakah Menggalakkan Tabiat Makan Yang Baik?


Di kalangan profesional kanak-kanak (pengasuh) di taska dan guru di tadika sering menghadapi masalah kanak-kanak yang tidak begitu selera menghadapi hidangan makanan. Kadangkala ada yang tidak mahu makan makanan yang dihidangkan. Berikut adalah antara panduan untuk menggalakkan tabiat makan kanak-kanak di taska dan tadika:
1. Menyediakan persekitaran yang santai dan selesa.
2. Guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) duduk bersama kanak-kanak semasa makan.
3. Jangan sesekali memaksa kanak-kanak makan, sebaliknya galakkan mencuba dan merasa semua menu makanan.
4. Peka makanan kegemaran dan kebencian terbentuk semasa peringkat kanak-kanak.
5. Membenarkan kanak-kanak berdikari semasa makan.
6. Memberi perhatian kepada makanan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun untuk menghindarkan daripada tercekik ketika makan.

Pandangan dan pengalaman anda amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama pembaca.

2 comments: