Tuesday, August 3, 2010

Bagaimanakah Menentukan Taska Terbaik?

Saya selalu dikemukakan soalan oleh ibu bapa tentang pemilihan taska yang terbaik. Ibu bapa harus memahami bahawa matlamat taska adalah untuk membantu kanak-kanak merasa tenteram sebagai pembelajar dan merasa selesa di persekitaran yang meyerupai sekolah. Berikut adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menghantar anak-anak ke institusi taska:
1. Kadar nisbah (ratio) yang betul antara murid-guru.
2. Masa bulatan (circle time) setiap hari.
3. Persekitaran berbahasa - Serba lengkap.
4. Kelengkapan Seni dan Kraft
5. Kelengkapan bongkah (Block)
6. Giliran tugasan.
7. Manipulatif.
8. Permainan pasir dan air.
9. Aktiviti fizikal setiap hari.
10. Kerap memperkenalkan peralatan baru.

Senarai perkara di atas merupakan panduan umum yang mungkin boleh digunapakai untuk membuat penilaian sebelum menghantar anak ke taska. Mungkin anda dapat memberi cadangan, pandangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.

2 comments:

  1. saya setuju dengan DR... tetapi ibu bapa tak ingat perkara 1 hingga 10 tu so untuk atasi nya dengan membuat pilihan bijak iaitu TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

    ReplyDelete
  2. saya setuju sangat dgn pendapat hang jebat tu.... cam mana dr???

    ReplyDelete