Sunday, March 4, 2012

Waktu Peralihan

Waktu peralihan atau transisi (transision) berlaku antara dua situasi. Apabila ibu bapa menghantar anak kecil ke taska (nursery) transisi antara rumah dan tempat taska. Sebelum aktiviti di taska pengasuh akan menerima kedatangan kanak-kanak. Masa penyesuaian ini terdapat kanak-kanak yang tidak selesa dengan peralihan persekitaran menyebabkan gangguan emosi seperti menangis dan tidak mahu berpisah dengan ibunya. Peranan pendidik di taska memberi perhatian kepada kanak-kanak ini untuk memberi keyakinan rasa selamat bersamanya ketika di taska. Berbeza dengan kanak-kanak yang sudah berumur sedikit ketika ke tadika mereka sudah boleh menyesuaikan diri. Sementara menunggu aktiviti seterusnya pendidik di tadika hendaklah memberi peluang kanak-kanak melakukan aktiviti pilihan sendiri. Transisi ini penting untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak terhadap perubahan persekitaran dari rumah ke taska dan tadika.

4 comments:

  1. Prof...
    Kebiasannya berapa lamakah proses transisi ini akan berakhir.

    ReplyDelete
  2. Prof,
    Ini suatu perkongsian yang menarik bagi saya. Situasi dimana kadangkala mencuit hati kami yang berada di taska. Pelbagai gaya dan cara yang dilakukan untuk memenangi hati kanak-kanak terutama di taska. :)

    Ianya tidak hanya dihari pertama pendaftaran, malah ada juga yang akan mengulangi selepas bercuti lama bersama keluarga mereka. Itulah dia "waktu peralihan"nya.

    Situasi begini memerlukan kefahaman dari guru pengasuh, ibu bapa malahan juga masyarakat yang tinggal dipersekitaran taska.

    ReplyDelete
  3. Prof,

    Saya ingin meminta pendapat prof? Saya mempunyai anak berusia 10 bulan, sebelumnya saya hantar di rumah pengasuh. Beliau kelihatan gembira dan tidak menangis semasa saya letakkan di rumah pengasuh semasa anak saya berusia 8 bulan. Sebulan kemudian, pengasuh menerima seorang kanak-kanak baru berusia 3 tahun, anak saya mula menunjukan perubahan ketara seperti menangis apabila keluar rumah, menangis sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh dan menangis semasa saya serah kepada pengasuh, malam mengigau dan menjadi takut di rumah dan di rumah pengasuh. Perubahan sikap berlanjutan sehingga sebulan. Akhirnya isnin minggu lepas, saya menumpangkan anak saya ke taska, kebanyakan perubahan sikap telah hilang, beliau tidak menangis dah takut lagi. Anak saya, hanya menangis semasa saya serah kepada Taska. Kenapa agaknya anak saya menjadi begini? Skrg ini, saya sedang dalam proses untuk memilih utk meletakkan anak saya di taska atau di rumah mengasuh? Apa pendapat prof? Satu lagi di taska, anak saya telah demam pada khamis lepas dan saya membuat kesimpulan untuk mengambil cuti sepanjang minggu ini dan dalam masa yang sama selepas cuti, saya perlu membuat pilihan untuk menghantar ke taska atau rumah pengasuh. Dalam situasi ini, mana pilihan terbaik utk anak saya, rumah pengasuh atau Taska?

    ReplyDelete
  4. Pemilihan meletakkan anak di rumah pengasuh yang dikenali atau Taska anda perlu melihat keadaan berikut antaranya:
    1) Pastikan sama ada pengasuh di rumah atau di taska dapat memberi perlindungan (penjagaan) yang sempurna.
    2) Pengasuh memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sama ada latihan secara formal atau informal.
    3) Jumlah kanak-kanak yang di bawah jagaannya dan cara pengasuh mengawal kanak-kanak lain.
    4) Sekali-sekala datang menjengok keadaan sebenar yang berlaku di rumah pengasuh atau di taska.

    Kanak-kanak biasanya merasa tidak dapat perlindungan selain daripada tinggal di rumah sendiri. Pihak yang menjaga dan menerima kedatangan anak anda hendaklah memberi keyakinan diri bahawa di rumah pengasuh atau taska adalah selamat sepeti di rumah.

    ReplyDelete