Salah satu cara untuk mendapatkan perhatian orang dewasa, kanak-kanak ini mengasingkan diri. Kanak-kanak disekelilingnya menganggap bahawa kanak-kanak sering menyalah anggap keadaan dipersekitarannya dan berkelakuan janggal serta mengganggap dirinya bodoh. Orang dewasa hendaklah memberi dorongan dan galakkan kepada kanak-kanak ini, sokongan kepada kebolehannya, pujian dan memberi kepercayaan pada dirinya. Kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan kelak akan memberi kesan negatif dengan meminggirkan diri dari keadaan persekitarannya.
Sekiranya kanak-kanak tidak mahu ke sekolah atau ke pusat asuhan, ia juga kerana rasa terasing jugakah? Walaupun hari-hari mereka ke sekolah hampir 3 bulan, mereka tetap juga akan menangis tidak mahu ke sekolah pada keesokan harinya.
ReplyDeleteDi lihat pada layanan guru, kawan-kawan, semuanya baik. Malah mereka-mereka yang menangis ni hanya di depan ibu bapa sahaja. Sekiranya ibu bapa tiada lagi diperkarangan sekolah atau pusat asuhan, mereka akan berkelakuan normal semula.
Bagaimana nak membantu kanak-kanak seperti ini?
Terima kasih dengan mengemukakan pertanyaan yang baik untuk dikongsikan. Tajuk masa peralihan atau transisi telah dibincangkan sebelum ini sebagai rujukan. Kanak-kanak sebenarnya sukar untuk mengubah suasana di rumah ke tadika atau taska. Penyesuaian ini memakan masa dan pihak ibu bapa perlu memberi dorongan.Begitu juga kanak-kanak apabila menangis meminta untuk mendapat perhatian dan menguji orang dewasa dan masalah ini perlu di atasi. Janga terlalu memberi perhatian sekiranya tidak berlaku perkara yang negatif.
ReplyDelete