Thursday, March 8, 2012

Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak Agresif

Mungkin kita tidak sedar apabila kanak-kanak yang cuba mendapatkan perhatian orang dewasa setelah percubaannya beberapa kali gagal, dia akan bertindak agresif untuk membalas dendam. Tujuan tingkahlaku agresif ini untuk menyatakan perasaannya yang menyakitkan dan diketepikan kerana tidak mendapatkan perhatian, kanak-kanak ini cuba menyakitkan orang lain. Adalah penting untuk mengenalpasti kanak-kanak yang cuba menyakitkan merupakan pembalikan rasa sakit kanak-kanak itu sendiri. Jangan sesekali menunjukkan rasa sakit anda kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini akan lebih terdorong untuk meneruskannya apabila melihat anda merasa sakit. Oleh itu jangan memberi tindakbalas sebaliknya cari jalan membuatkan kanak-kanak ini merasa diterima, galakkan bersama rakan lain dan sentiasa memberi dorongan bahawa dirinya diterima oleh rakan-rakan dan semua orang.

2 comments:

  1. Prof,

    Kanak-kanak ini perlukan perhatian yang lebih. Apabila diberi permainan seperti blok, dia boleh memberi tumpuan dan kreatif. Apabila diajarkan melukis dengan arahan berlagu, dia boleh melakukannya dengan baik malah boleh menyanyikan kembali lagu tersebut.

    Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang ada.

    Terima kasih.

    ReplyDelete