Saturday, March 31, 2012

Jenaka Mengurangkan Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak

Berjenaka atau 'humor' dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku kanak-kanak. Banyak masalah tingkahlaku seperti situasi "saya lawan awak" yang memerlukan beradu tangan dan tenaga boleh dihalang dengan menggunakan sentuhan - menghalang dengan sesuatu yang menarik dan lucu, mengalih tumpuan dalam bentuk nyanyian atau jenaka. Jenaka atau humor yang tidak menyentuh peribadi kanak-kanak perlu dihindarkan. Jenaka dapat membantu mengurangkan rebutan kuasa sebab guru dan kanak-kanak akan terlibat sama dengan penuh kemesraan dan persahabatan. Memberitahu kanak-kanak," Sekarang...cuba..saya...lihat...kamu... jalan... perlahan.. perlahan... macam... kura-kura" lebih berkesan daripada berkata, " Berapa kali saya hendak beritahu kamu jangan berlari di dalam kelas?"

1 comment:

  1. Dr, boleh berikan penjelasan, perbezaan masalah tingkahlaku kanak-kanak dgn tingkahlaku bermasalah kanak-kanak? selalu tertukar. masalah tingkahlaku, yg merujuk kpd externalizing n internalizing behavior tu, kan? tingkaglaku bermasalah, akhirnya menjurus kpd delinkuensi, betul tak apa pemahaman saya ni? tq

    ReplyDelete