Sunday, March 18, 2012

Pengukuhan Bukan Ganjaran Negatif

Tingkahlaku boleh menggunakan pengukuhan yang berkesan seperti makanan, mainan, keistimewaan pada kanak-kanak jika kanak-kanak tidak bertindakbalas kepada pengukuhan sosial seperti pujian, senyuman dan kata yang memberi dorongan. Pengukuhan atau peneguhan diikuti dengan tingkahlaku: "Semua yang menolong mengemas di kelas akan dapat 'sticker'" hendaklah dibezakan dengan ganjaran negatif: "Jika saya beri kamu 'sticker' ini, bolehkah kamu menolong mengemas?". Peneguhan atau pengukuhan adalah penting disusuli dengan tingkahlaku yang berkesan walau pun kekerapan pengukuhan atau peneguhan itu berbeza-beza. Apabila kali pertama untuk membantu kanak-kanak melakukan perlakuan yang baru seperti meletakan kasut di rak, pengukuhan hendaklah digunakan setiap kali tingkahlaku meletak kasut dilakukan oleh kanak-kanak. Walau bagaimana pun apabila telah kerap dan kanak-kanak mula membiasakan meletak kasut di rak, pengukuhan itu dikurangkan sehingga kanak-kanak itu telah membiasakannya sebagai tingkahlaku positif.

2 comments:

  1. Memberi ganjaran kepada kanak-kanak zaman kini, mesti lebih kreatif. Adakalanya, 'sticker' bagi mereka adalah sesuatu yang biasa. Perly jadikannya luar biasa dengan kebolehan guru menjadikan penghargaan itu istimewa, bukan sticker itu.

    Ada rakan guru yang memberitahu saya yang keesokan harinya, murid yang tidak dapat sticker membawa sepapan sticker. :) Terima kasih, Dr Bustam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan perkongsian pandangan tersebut. Saya amat bersetuju dengan mencari jalan pemberian ganjaran secara kreatif. Walau bagaimana pun penglibatan ibu bapa cara mendidik anak perlu difikirkan. Anak tidak akan membawa sepapan setiker jika ibu bapa tidak membelikannya. Apabila anak mengadu kepada ibu bapa sebaik-baiknya memberi peransang kepada anaknya dan kefahaman bahawa sticker merupakan satu pengiktirafan guru dan kanak-kanak mesti menunjukkan semangat untuk memperbaiki tingkahlakunya.Pengalaman saya di luar negara biarpun ibu bapanya berkemampuan mereka tidak mendidik anaknya dengan membelikan sepapan sticker kerana mereka berpendidikan 'dunia kelas pertama'.Harapan supaya mengubah sikap cara pemikiran 'dunia kelas ke tiga' dengan cara menunjuk-nunjuk sepatutnya tidak berlaku.Jika berterusan akan merosakan generasi akan datang dengan cara didikan yang negatif. Ini sekadar pandangan sahaja dari sudut pendidikan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete