Tuesday, October 11, 2011

Menggalakkan Membaca Kanak-Kanak Tatih

Mengalakkan membaca bermula daripada rumah bukan di sekolah. Seawal usia bayi dan tatih lagi. Kajian menunjukkkan keluarga dan pengasuh yang mempunyai pandangan bahawa membaca adalah sumber keseronokan dan hiburan memberi kesan kepada anak yang mempunyai sikap positif tentang buku dan pengalaman membaca. Orang dewasa hendaklah memberi perhatian dan menjadikan "masa membaca buku kanak-kanak tatih" sebagai masa untuk bersantai dan berseronok bukan dijadikan masa sebagai menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam buku. Semakin kerap keluarga bercakap dengan kanak-kanak tatih, melagukan, membaca buku bergambar bersama, menunjuk dan menamakan objek, semakin mengukuhkan daya ingatan minda dan kurang melenyapkannya.

Kanak-kanak tatih menunjukkan minat pada yang mudah, buku berwarna, bergambar dan merasakan keseronokan apabila orang dewasa bersama dan memberi perhatian. Menunjuk dan menamakan boleh menjadikan pemainan yang menyeronokkan. Buku tebal halamannya yang mudah di selak membantu kanak-kanak tatih.

2 comments:

  1. Budaya membaca di rumah adalah amalan yang sangat baik. Kanak2 tatih bila terbiasa dgn suasana ini akan secara tak langsung berminat pada buku.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian pandangan dan pengalaman anda.

    ReplyDelete