Sunday, September 19, 2010

Tumpu Pada 'Boleh' Sebagai Ganti 'Jangan.'

Cuba dengar cara anda bercakap dengan kanak-kanak. Jika kedengaran perkataan jangan, berhenti, pergi sebelum arahan anda kepada kanak-kanak, cuba ubah perkataan untuk menyatakan kepada kanak-kanak perkara yang hendak dibuat atau dilakukan sebagai ganti perkara yang tidak boleh dibuat atau dilakukan. Memberitahu kanak-kanak perkara yang tidak boleh dibuat tidak memberi mereka sebarang maklumat pada cara perlakuan yang betul. Terjemahkan 'jangan' kepada 'boleh' untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak tentang perkara yang anda inginkan.

Berikut beberapa contoh mengubah jangan kepada boleh untuk membimbing tingkahlaku positif:
Jangan
Berhenti berlari dalam bilik.
Boleh
Tolong berjalan dalam bilik. Kamu boleh berlari apabila bermain di luar bangunan.

Jangan
Jangan memicit anak kucing.
Boleh
Belai dan usap perlahan dengan tapak tangan terbuka.

Jangan

Berhenti merengek.
Boleh
Beritahu saya tentang masalah kamu dengan perkataan.

Jangan
Jangan memanjat atas meja.
Boleh
Di bilik darjah, kaki kita sentiasa di atas lantai.

Pandangan dan pengalaman pembaca amat dialu-alukan untuk dikongsikan bersama.

10 comments:

  1. nice one prof...im trying to apply this in my class room enviroment!!

    ReplyDelete
  2. Prof, perkara yang sama juga harus dipraktikkan kepada yang dewasa.
    Contoh; pengetua@pengusaha perlu mengubah perkataan "jangan" dengan memberikan contoh yang baik kepada guru@pengasuh.
    Kadangkala yang dewasa ini lebih sukar untuk ditegur. Merajuk, berhenti kerja... :)

    ReplyDelete
  3. Saya amat setuju kerana tugas mengasuh sebenarnya melibatkan semua pihak.

    ReplyDelete
  4. prof...macam mane kalau kanak-kanak tersebut tidak memahami cara penyampaian kita?

    ReplyDelete
  5. Biasakan menggunakan perkataan mudah diikuti dengan tunjukcara atau memberikan contoh teladan. Anda sebagai model yang mudah diikuti oleh kanak-kanak.

    ReplyDelete
  6. Contoh ayat mudah lagi ialah :

    Jangan tutup pintu kuat-kuat! Tukarkan kepada Tutup pintu perlahan-lahan.

    Biasanya kanak-kanak tatih yang akan menimbulkan tingkah laku yang kurang disenangi oleh orang dewasa. Kadang kala mereka sengaja menguji orang dewasa atau hendak mendapatkan perhatian orang dewasa atau mereka sedang melakukan penerokaan.

    Jika kanak-kanak tersebut memang mempunyai habit yang tidak elok, orang dewasa perlu bercakap sambil menunjukkan contoh tingkah laku yang betul.

    contoh: pengasuh menyuruh kanak-kanak menutup pintu sambil memegang tangannya dan tutup pintu perlahan-lahan.

    sekadar brkongsi... :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi berkongsi pandangan dan pengalaman dengan saya dan pembaca. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete
  8. Dr, saya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dan ingin meminta pendapat Dr... saya ada anak buah iaitu anak kepada kakak sepupu saya. kejadian ini berlaku pada waktu petang, waktu itu anak buah saya sedang bermain alat permainan yang mempunyai saiz yang agak kecil.. dia memasukkan alat permainan itu kedalam mulutnya. kakak sepupu saya perasan tindakan anaknya dan terus meminta anaknya untuk keluarkan benda itu dari mulutnya dengan menggunakan perkataan 'jangan'.. tapi anaknya tidak mengikut.. kebetulan saya pun ada disana, saya membantu kakak sepupu saya.. mula-mula, anak buah saya itu tidak mendengar cakap. apabila saya menggunakan ayat 'boleh kakak tengok apa yang ada dalam mulut hanif?' kemudian, anak buah saya membuka mulutnya secara perlahan-lahan, dan saya mengeluarkan benda itu dari mulutnya...

    ReplyDelete
  9. Jamzyfariza, anda berada dilandasan yang betul. Ayat yang anda gunakan bermaksud apa yang dibuat dan dibantu. Kanak-kanak sedia memahami dan merasakan sesuatu yang positif daripada anda. Teruskan dan terima kasih berkongsi pengalaman bersama saya dan pembaca.

    ReplyDelete