Wednesday, September 29, 2010

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Adakah peristiwa bayi mati tercekik susu di taska akan berterusan lagi? Siapakah yang patut dipersalahkan dalam soal ini? Kita jangan menuding jari apabila telah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Masing-masing mempunyai alasannya sendiri untuk menegakkan kebenaran. Pernahkah kita selalu meletakkan diri kita ditempat mereka yang menjadi mangsa kematian anak? Walau apa pun biarlah kita memulakan episod harapan ibu bapa meletakkan anak untuk mendapatkan khidmat penjagaan dan pengasuhan. Bermula dari situ maka isu tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kepentingan nyawa yang tidak berdosa. Oleh sebab itu diadakan peraturan dan akta. Kesemuanya demi kebaikan untuk semua pihak. Semua pihak yang berkenaan terimalah dengan terbuka jika perlu penambahbaikan dari masa ke semasa. Kesedaran sebegini amat perlu kerana 'berat mata memandang berat lagi bahu memikul.'

Ini adalah pandangan dan saya amat menghargai jika terdapat pandangan dan pendapat ataupun pengalaman yang ingin dikongsikan bersama di blog ini.

2 comments:

  1. Pendapat yang dinyata Prof memang tidak dapat dinafikan. Saya amat tersentuh setiap kali membaca berita tentang kemalangan yang berlaku di kalangan kanak-kanak akibat kecuaian orang lain, tidak kira pengasuh,guru mahupun ibu bapa. Saya sentiasa mencari jawapan dan cara untuk melahirkan insan yang benar-benar bertanggungjawab khasnya dalam penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak. Memang ada tetapi bilangannya tidak mencukupi dengan keperluan. Prof, bagaimana hendak melahirkan insan yang patuh pada undang2 dan peraturan demi kesejahteraan semua?

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya anda orang yang perihatin. Sememangnya sukar untuk mengubah sikap dan pandangan seseorang. Harapannya adalah dimulakan sejak dari kecil lagi. Itu pun kita mengharapkan kerjasama semua pihak.Contoh yang mudah menghormati lagu 'Negaraku.' Kita menyuruh kanak-kanak berdiri tegak tetapi terdapat orang dewasa berjalan-jalan atau berbual semasa lagu itu dimainkan atau dinyanyikan. Kanak-kanak merasa keliru dengan keadaan dan bertanya pada dirinya 'mana satu yang betul.'

    ReplyDelete