Friday, September 3, 2010

Bagaimanakah Sudut Manipulatif Di Taska Anda?

Di sudut manipulatif kanak-kanak menemui konsep matematik dengan melakukan percubaan bentuk, saiz, klasifikasi, membilang, urutan dan aturan. Aktiviti matemetik tidak terhad pada sesuatu sudut ssahaja. Pengalaman matematik boleh berlaku di semua sudut dalam kelas sebagai contoh membahagikan tanah liat (clay), membezakan saiz arnab dan menyediakan makanan di meja. Walau bagaimana pun guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) selalunya menumpukan di sudut manipulatif. Di sudut manipulatif kanak-kanak boleh bergerak, mengasingkan, membahagikan, mencampurkan dan membanding beza objek - melihat hubungkait matematik.

Sudut manipulatif mudah meletakkan kedudukannya yang hanya memerlukan sebuah meja dan kerusi untuk kanak-kanak, dan di tempatkan berhampiran penyimpanan barang. Tujuan memudahkan kanak-kanak dan guru/pengasuh mengambil dan mengemas peralatan yang digunakan. Ada yang hanya menggunakan permaidani (carpet) untuk aktiviti manipulatif apabila menggunakan bahan dan peralatan yang mudah bergolek dan jatuh dari atas meja. Antara peralatan sudut manipulatif 'flannel board', papan membilang, sampoa (abacus), puzzles, penimbang dan sebagainya. Bahan dan peralatan yang difikirkan sesuai boleh dirancang untuk aktiviti manipulatif.

No comments:

Post a Comment