Tuesday, September 21, 2010

Mengubah Persekitaran Menggalakkan Perubahan Tingkahlaku

Pengasuh (profesional kanak-kanak) yang perihatin sentiasa melihat sebab berlakunya tingkahlaku kanak-kanak. Adakah perebutan mainan disebabkan kekurangan alat mainan? Adakah kanak-kanak memanjat disebabkan peralatannya tidak boleh dicapai? Adakah kanak-kanak merengkek dan berkelakuan tidak menentu kerana waktu makan dan tidur terlalu lewat? Pertimbangkanlah perubahan persekitaran yang tidak membuatkan anda merasa marah dan mengurangkan rasa kecewa pada kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa contoh perubahan persekitaran di taska yang dapat membantu mengubah tingkahlaku kanak-kanak:

Peristiwa:
Setiap hari kanak-kanak tatih menumpahkan susu yang hendak diminum.
Persekitaran lama:
Kanak-kanak menggunakan cawan plastik yang tinggi dan mengecil di bahagian tapak cawan.
Persekitaran baru:
Kanak-kanak menggunakan cawan yang berat dan bahagian tapak yang lebar.

Peristiwa:
Dua orang kanak-kanak berebut dan bertengkar mendapatkan bongkah.
Persekitaran lama:
Terdapat hanya 10 buah bongkah bentuk dan jenis yang sama.
Persekitaran baru:
Menyediakan 40 bongkah daripada berbagai jenis dan bentuk.

Peristiwa:
Seorang kanak-kanak tidak dapat mencari kasutnya.
Persekitaran lama:
Terdapat hanya satu unit tempat ruang kasut bercampur-aduk menempatkan semua barangn kanak-kanak.
Persekitaran baru:
Setiap kanak-kanak mempunyai nama yang dilabelkan untuk meletakan baranganya.

Mungkin anda mempunyai pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca. Pandangan dan pengalaman anda amat dialu-alukan dan dihargai.

No comments:

Post a Comment