Tuesday, September 28, 2010

Keselamatan Kanak-Kanak Di Taska

Ibu bapa yang menghantar anak-anak di taska mengharapkan penjagaan anak yang sempurna. Sebelum sesuatu perkara berlaku langkah berjaga-jaga dan berhati-hati perlu diberi perhatian. Apakah kelemahan di pihak pengusaha perkhidmatan taska perlu diberi perhatian. Kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan. Contohnya soal pendaftaran taska, kelayakan pengasuh sama ada sudah mendapat latihan kursus atau tidak, pendedahan kepada pertolongan cemas khusus untuk kanak-kanak dan sebagainya. Di pihak berkuasa pula mempertimbangkan dan memberi perhatian hal berkaitan dengan pemantauan dan penguatkuasaan, perundangan yang perlu diperketatkan, pertimbangan kelulusan permohonan pendaftaran daripada pihak majlis tempatan atau jabatan yang berkaitan. Di pihak ibu bapa perlu lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan, pendaftaran dan kewibawaan pengasuh yang memberi khidmat jagaan bayi dan tatih sekiranya anak-anak masih kecil.

Ini adalah sebahagian pandangan langkah-langkah keselamatan dan penambahbaikan yang perlu sama-sama kita fikirkan. Diharap pembaca dapat memberi pandangan, pendapat dan pengalaman untuk penambahbaikan atau renungan yang perlu diambil iktibar supaya tidak lagi perkara yang tidak diingini berlaku.

2 comments:

  1. Salam Prof. Saya memang setuju dgn kenyataan Prof. Walaupun pelbagai undang2 dan peraturan digubal juga kursus2 yang yang dianjur dan dihadiri, jika individu khasnya yang terlibat secara langsung dlm penjagaan dan pendidikan kanak-kanak, mempunyai sifat IHSAN yang tipis,memang susah dan pelbagai masalah timbul. Lantaran itu, semua orang perlu menanam sifat ihsan dan bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih memberi pandangan untuk dikongsikan bersama pembaca.

    ReplyDelete