Thursday, September 16, 2010

Memberi Galakkan Dan Dorongan Membantu Literasi Kanak-Kanak

Orang dewasa hendaklah bersabar dan sentiasa memberi galakkan dan dorongan ke arah literasi kanak-kanak. Jangan memberi tekanan atau memaksa kanak-kanak membaca. Jika anda memaksa kanak-kanak dengan menentukan bahan bacaan yang perlu dibaca akan mematikan minat membaca secara keseluruhannya. Membaca buku komik dan majalah sukan adalah lebih baik daripada tidak membaca langsung. Cuma pastikan bahan komik itu mengunakan bahasa yang sesuai dan kandungan yang positif sewaktu anda membelikannya.

Beri peluang kanak-kanak membuat pilihan semasa untuk membacakan cerita. Buku yang menjadi pilihannya akan menjadikan lebih seronok mendengar dan mengikuti cerita yang dibacakan. Sentiasa mendapatkan bantuan daripada perpustakawan atau mereka yang pakar untuk memilih buku yang menghiburkan dan mendidik.

4 comments:

  1. SALAM SATU MALAYSIA TUAN PROFESSOR,
    Saya Cikgu Thanesh yang kini mengajar murid-murid Tahun 1 subjek Matematik dibawah program NKRA iaitu PROGRAM LINUS- NUMERASI. Saya menghadapi masalah dalam mendampingi murid-murid tahun 1 dan memberikan bimbingan kepada mereka. Apakah kaedah dan strategi yang harus gunakan bagi 'tackle' hati murid dalam matapelajaran MATEMATIK? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kerana mendaftar sebagai pengikut blog. Anda amat dialu-alukan. Membina kefahaman konsep matematik sama seperti pembinaan perkembangan literasi.Bermula dari seawal usia asas metematik perlu diperkenalkan seperti kuatifikasi, seriasi,dan klasifikasi.Beri kefahaman tentang proses untuk membina kefahaman penghasilnya.

    ReplyDelete
  3. Prof, boleh terangkan lebih lanjut "Bermula dari seawal usia asas metematik perlu diperkenalkan seperti kuatifikasi, seriasi,dan klasifikasi.Beri kefahaman tentang proses untuk membina kefahaman penghasilnya." Bagaimna caranya?

    ReplyDelete
  4. Kita sebenarnya boleh menggunakan teknik yang sama seperti literasi. Seawal usia kanak-kanak boleh didedahkan unsur matematik. Sebagai contoh bermain bongkah, menyebut urutan seriasi, kuantifikasi sesuatu perkara dan juga pengkelasan. Saya akan membincangkan matematik untuk kanak-kanak selanjutnya pada siri akan datang. Harap anda bersabar dan terus mengikuti penulisan saya.

    ReplyDelete