Thursday, December 15, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 5 Mula Membaca

Cuba melihat perkataan di halaman buku secara sepintas lalu dan menghalakan pandangan kepada mata kanak-kanak sekerap mungkin supaya suara anda terus ke arah kanak-kanak. Di samping itu lihat reaksi gerak tubuh kanak-kanak termasuk ekspresi wajah dan cuba pastikan sama ada kanak-kanak tertumpu dan memahami atau kelihatan keliru. Bercakap dengan jelas dengan nada suara yang sesuai. Gunakan kelajuan percakapan yang sederhana supaya kanak-kanak boleh melihat ilustrasi dan mendengar apa yang anda baca. Tunjukkan kesungguhan dan minat untuk berseronok dengan cerita bersama kanak-kanak. Dramakan dan beri penekanan pada bahagian utama cerita tetapi jangan sampai ketahap kanak-kanak melihat anda dan bukan kepada buku. Tukar nada suara pada watak yang sesuai jika anda merasa selesa melakukannya. Cerita yang baik akan mengawal tumpuan dan selalunya meransang kanak-kanak untuk bertanya dan memberi komen. Hayati dan sampaikan setiap perkataan. Cuba jangan terburu-buru melainkan untuk menambahkan drama pada tempat tertentu.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. msh tkenang2 kenangn mgikuti kursus teknik bercerita dgn prof di awal tahun '2000 dlu d dbp kota bharu. byk ilmu n kemahiran y saya perolehi dan amalkan. Hingga kini saya masih berhajat menadahnya dari prof. Harap suatu hari prof berkelapangan menemui kami lagi ye.

    ReplyDelete
  4. Insa Allah jika anda merancangkan program saya cuba penuhi undangan. Terima kasih kerana kesudian mengundang.

    ReplyDelete