Wednesday, June 3, 2015

Berkongsi Mainan?



Setiap pendidik awal kanak-kanak pernah mendengar complain yang biasa daripada kanak-kanak.Ramai dikalangan kita dengan cepat mengatakan “tamak, lokek” kepada kanak-kanak yang tidak mahu berkongsi mainan dengan pendatang baru. Enggan berkongsi selalunya dianggap sebagai jenayah di mata orang dewasa. Sebenarnya niat kita baik untuk mendidik kanak-kanak bahawa hak lebih penting daripada memenangi dan masalah perlu diselesaikan oleh orang dewasa daripada kanak-kanak itu sendiri. Kita mahukan kanak-kanak bermurah hati, baik dan kerjasama oleh itu kita mahukan mereka berkongsi. 



Meminta (demanding) kanak berkongsi bermakna mengabaikan perasaan mereka dan tidak mendidik secara yang benar untuk berkongsi. Keadaan ini lebih kepada mengajar kanak-kanak merasa marah dan benci terhadap orang dewasa dan mempercayai bahawa berkongsi sentiasa disertakan dengan emosi yang menyakitkan. Berkongsi apabila kanak-kanak tahu bahawa mereka tahu tidak perlu berkongsi dan kanak-kanak dengan senang melakukannya.

No comments:

Post a Comment