Thursday, June 25, 2015

Bagaimana Anda Menilai Pengajaran?



Apa yang perlu dilihat di dalam program:

  • Guru berhati-hati menyelia kanak-kanak
  • Guru menyediakan masa setiap hari untuk aktiviti luar dan dalam. Menguruskan masa dan ruang supaya kanak-kanak berpeluang untuk membuat kerja atau bermain secara individu dan dalam kumpulan.
  • Kerja yang dihasilkan kanak-kanak dipamerkan dalam kelas untuk membantu kanak-kanak membuat refleksi dan memperkembangkan pembelajaran.
  • Guru mengubahsuai strategi dan peralatan sebagai tindakbalas kepada keperluan dan minat kanak-kanak secara individu untuk memupuk dan meningkatkan pembelajaran kanak-kanak.

1 comment:

  1. Mungkin cara guru prasekolah sekarang susah ada kaedah baru membuat penilaian...sebab tidak nampak lagi dokumen yang di gunakan untuk menilai

    ReplyDelete