Friday, June 14, 2013

Realiti Menggigit Kanak-Kanak Di Taska

Kanak-kanak mengigit antara satu sama lain adalah dilihat kerap belaku di taska terutama kanak-kanak tatih. Memulakan kehidupan dalam kumpulan adalah sukar. Kanak-kanak di taska memerlukan dan mahukan perhatian orang dewasa. Apabila tidak mendapat perhatian dan berlaku perhatian negatif seperti tidak diambil peduli, maka perbuatan menggigit merupakan isyarat yang ang selalunya kuat pengaruh kuasanya: cepat dan berkesan yang selalunya mendapat tindakbalas dramatik. Saiz dan kekuatan tidak diperlukan dalam hal menggigit. Bayi pun boleh memberi kesan kesakitan apabila menggigit. Masalah menggigit perlu diberi perhatian oleh orang dewasa.

2 comments:

  1. Anak saya hantar taska. Dulu masa kecik memang selalu ada kesan gigitan. Skrg dia dah 2 tahun, masalah dia suka gigit budak lain dan kalau kat rumah asyik gigit dan cubit kami di rumah. Siap sebut cubit dan laju aje cubit ibu dan ayahnya kalau ada yang dia tak puas hati. Anak saya ini anak tunggal. Tapi pengasuh di Taska kata, dia sayang di pengasuh selalu cium tapi dengan kanak2 lain dia akan mencubit dan gigit. Masalah macamana kami nak mengawal kegiatan mengigit dan mencubit ini?

    ReplyDelete
  2. Saya mula menghantar anak saya yg berumur 4 tahun ke tadika serta day care bersama Abg nya berumur 6 tahun sejak awal tahun 2014. anak saya yg berumur 4 tahun mula menggigit rakan nya sehinga lebam,anak saya seorang yang peramah, aktif dan banyak cakap serta senang belajar, masalahnya ialah cikgu di tadika seperti tidak boleh memberi penyelesaian terbaik dgn perkara yg terjadi dan menghantar sms kepada saya mengatakan anak saya menggigit rakan lain dan parents mereka dah bising kerana anak mereka digigit, cikgu ingin mengasingkan anak saya dari kawan2, menurut kata anak yang sulung cikgu menampal mulut anak saya dgn salotep kerana mengigit orang dan mengatakan kepada murid lain supaya tidak berkawan dgn dia. Apa yg perlu saya terangkan pada cikgu terbabit supaya membetulkan semula tindakannya kepada anak saya.

    ReplyDelete